Begitu juga dengan saya. Antara gadget-gadget yang telah saya miliki ialah:
Telefon bimbit keluaran Sony Ericsson K600i,K800 dan P1i. Selain itu,barangan Sony seperti Sony Playstation 2,perakam video kaset, dan Playstastion portable 2000. Lain-lain gadget ialah komputer riba Dell Inspiron dan kamus elektronik Besta.
Kesemua gadget-gadget tersebut penting pada saya. Namun,saya tidaklah terlalu obses mengenainya. Ini kerana,apa yang penting dengan memiliki gadget-gadget tersebut saya boleh mempelbagaikan aktiviti masa lapang saya.
Kesimpulannya,saya begitu istiqomah dan konsisten dengan prinsip saya tentang gadget iaitu sampai bila-bilapun kita tidak akan mampu memiliki setiap teknologi terbaru yang muncul di pasaran. Ini kerana,pembangunan teknologi gadget sebenarnya terlalu pantas dan amat sukar disekat secara teknikal kerana idea sentiasa bersaing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan