Sabtu, 24 April 2010
Balqis Batrisya
Bukan hanya satu nama. Tapi satu maksud yang cukup besar dalam hidup aku. Kenapa? Dia ialah suri dalam hidup aku yang sungguh istimewa dan tidak ada satu harta pun yang paling bernilai di dunia ini selain dia. Dalam hadis Rasulullah SAW tidak akan terputus amalan kamu selepas mati iaitu;ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan anak yang soleh dan solehah. Renungan bersama.
Selasa, 20 April 2010
Gadget Yang Dimiliki
Dalam era komunikasi yang serba canggih ini remaja,belia,dan muda-mudi ramai yang mengenali dan mengekori rapat perkembangan semasa mengenai teknologi terbaru dan fesyen terkini gadget-gadget di pasaran.
Begitu juga dengan saya. Antara gadget-gadget yang telah saya miliki ialah:
Telefon bimbit keluaran Sony Ericsson K600i,K800 dan P1i. Selain itu,barangan Sony seperti Sony Playstation 2,perakam video kaset, dan Playstastion portable 2000. Lain-lain gadget ialah komputer riba Dell Inspiron dan kamus elektronik Besta.
Kesemua gadget-gadget tersebut penting pada saya. Namun,saya tidaklah terlalu obses mengenainya. Ini kerana,apa yang penting dengan memiliki gadget-gadget tersebut saya boleh mempelbagaikan aktiviti masa lapang saya.
Kesimpulannya,saya begitu istiqomah dan konsisten dengan prinsip saya tentang gadget iaitu sampai bila-bilapun kita tidak akan mampu memiliki setiap teknologi terbaru yang muncul di pasaran. Ini kerana,pembangunan teknologi gadget sebenarnya terlalu pantas dan amat sukar disekat secara teknikal kerana idea sentiasa bersaing.
PSP rosak
Saya mempunyai PSP model 2000 warna hijau. Usia baru menjangkau setahun. Tapi Tahu tak apa masalah yang saya hadapi tentang PSP ini?
Masalahnya ialah PSP ni tak boleh ON. Jika boleh pun ia cuma boleh bertahan hanya 5saat lepas tu ia akan terus 'blank'.
'Blank' dan terus begitu sehingga hantar ke kedai baiki PSP. Namun selepas membayar rm130 untuk upah dan tukar 'mother board' baru..dengan hanya bertahan selama 5minit. PSP saya meragam semula seperti 'karenah' lamanya.
Hakikatnya,petang ini juruteknik yang repair PSP saya ini terpaksa berfikir semula..apa penyelesaiannya?
Ahad, 18 April 2010
Ford Telstar 1.8 1991 Manual
Saya merupakan peminat kereta buatan Ford. Meskipun Ford dikeluarkan oleh negara Amerika Syarikat ini tidak bermakna saya menyokong dasar luar negara tersebut yang double standard terhadap isu Palestin-Israel.
Saya baru sahaja menukar kereta Proton Iswara 1.3cc Tahun 1994 kepada Ford Telstar 1.8cc 1991. Apa yang boleh saya kongsikan di sini perbezaan yang paling ketara adalah kuasa kuda(horse power) enjin kereta. Meskipun sistem injap yang digunakan adalah karburetor pemanduan yang saya rasai sungguh memberi kepuasan dan keyakinan.
Kekurangan menggunakan kereta model ini ialah alat ganti yang sungguh terhad (tapi alat ganti mazda 626 juga boleh digunakan). Pergerakan jarak dekat yang memerlukan kos minyak yang sedikit tinggi.
Kelebihan Ford Telstar pula ialah rangka badan kereta yang agak keras dan berat,dalaman(interior) yang luas,power stereng untuk kawalan pemanduan yang tidak memerlukan tenaga yang lebih,kerusi belakang yang boleh dilipat untuk menyokong fungsi bonet,dan sistem power window pada tingkap.
Pengalaman saya menggunakan Ford Telstar ini walaupun kereta lama. Mereka yang memandu kereta baru jangan memandang sipi kebolehan dan kemampuannya. Lagi-lagi apabila berada di atas lebuh raya. Bukan hendak berbesar hati tapi secara jujurnya Ford Telstar enjin karburetor saya boleh mencecah 180/200 untuk kuasa tujahan ke hadapan..apa yang saya tulis ini adalah untuk tujuan informasi.
Semoga memberi manfaat kepada peminat Ford.
Semua Orang Menggunakan Telefon Bimbit.
Semua Orang Menggunakan Telefon Bimbit. Operator telekomunikasi tempatan di Malaysia menawarkan pelbagai pakej panggilan. Sama ada prabayar atau pasca bayar. Walaupun pelan pasca bayar menjadi pilihan ramai namun pra bayar masih dominan dan relevan.
Namun persoalannya,adakah berbaloi untuk anda dengan untuk tambah nilai RM3 anda perlu membuang tenaga,masa dan wang untuk ke kedai runcit? Untuk pembelian online juga anda tidak boleh membeli tambah nilai kurang daripa RM10.
Saya ada pemudah cara untuk menyelesaikan permasalahan ini. Dengan menyertai Fir e-load semuanya mudah. Malah anda akan mendapat penjimatan yang sungguh anda tidak sangka.
Malahan juga,sekiranya anda ingin memperoleh pendapatan sampingan anda boleh jadikan Fir e-load satu medium bisnes anda.
Langgan:
Catatan (Atom)