Saya baru sahaja menukar kereta Proton Iswara 1.3cc Tahun 1994 kepada Ford Telstar 1.8cc 1991. Apa yang boleh saya kongsikan di sini perbezaan yang paling ketara adalah kuasa kuda(horse power) enjin kereta. Meskipun sistem injap yang digunakan adalah karburetor pemanduan yang saya rasai sungguh memberi kepuasan dan keyakinan.
Kekurangan menggunakan kereta model ini ialah alat ganti yang sungguh terhad (tapi alat ganti mazda 626 juga boleh digunakan). Pergerakan jarak dekat yang memerlukan kos minyak yang sedikit tinggi.
Kelebihan Ford Telstar pula ialah rangka badan kereta yang agak keras dan berat,dalaman(interior) yang luas,power stereng untuk kawalan pemanduan yang tidak memerlukan tenaga yang lebih,kerusi belakang yang boleh dilipat untuk menyokong fungsi bonet,dan sistem power window pada tingkap.
Pengalaman saya menggunakan Ford Telstar ini walaupun kereta lama. Mereka yang memandu kereta baru jangan memandang sipi kebolehan dan kemampuannya. Lagi-lagi apabila berada di atas lebuh raya. Bukan hendak berbesar hati tapi secara jujurnya Ford Telstar enjin karburetor saya boleh mencecah 180/200 untuk kuasa tujahan ke hadapan..apa yang saya tulis ini adalah untuk tujuan informasi.
Semoga memberi manfaat kepada peminat Ford.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan